TV2: Konsert Minggu Ini bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini

Pada 7hb Mac 2020, wartawan gosip telah mengunjungi Konsert Minggu Ini sebagai wakil media. Artis jemputan untuk malam ini adalah Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini. Banyak lagu dipersembahkan termasuk lagu pelancaran Vroom Vroom, Jampi, Hati dan Terlajur Cinta. Kehadiran penuh di dalam dewan ini.

Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini menyanyi lagu Vroom Vroom untuk pelancaran Konsert Minggu Ini tahun ini
Hael Husaini menyanyi lagu Jampi
Hael Husaini sedang temu bual seorang pengunjung bertuah untuk memenangi baucar terhad
Pengunjung dijemput naik atas pentas untuk sembang bersama Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Para peminat kelab Haeyangers merebut mengambil gambar bersama artis kegemaran mereka

Akhirnya, acara ini berjaya dijalankan dengan lancar. Wartawan hiburan tidak sabar hendak mengunjungi Konsert Minggu Ini akan datang! Rakaman lagu Vroom Vroom dilampirkan, banyak lagi rakaman di saluran YouTube gosip.my dan jangan lupa Subscribe. Terima kasih.

Lagu Vroom Vroom

Final RapStar ERA 2020

Final RapStar ERA 2020

Pada 6hb Mac 2020, wartawan gosip telah mengunjungi Final RapStar ERA 2020 sebagai media jemputan. RapStar ERA membuka peluang kepada anak muda menonjolkan bakat nyanyian rap menerusi pencarian rapper terhebat di platform ERA sejak awal Februari dan kini menyenarai pendek lima finalis di peringkat akhir. Lima finalis tersebut adalah Alfie, Suayy G, Nomad, Focussan dan Asyrfnsir.

Pada pertarungan akhir ini, kesemua lima finalis perlu mempersembahkan bakat dan kreativiti mereka mengikut cetusan idea untuk lirik dan rentak rap.

Haniff Hamzah, personaliti ERA

Acara ini dihoskan oleh personaliti stesen radio ERA, Haniff Hamzah. Juri pengadil termasuk Kenny Ong (Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia dan Singapura), Nazri Noran (Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu, Astro) dan SonaOne (Penyanyi Hip Hop terkenal tanah air).

Nomad, finalis RapStar ERA 2020

Juara RapStar ERA akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan berpeluang menghasilkan sebuah ‘single’ bersama Def Jam Recordings dan Universal Music Malaysia. Manakala, hadiah saguhati bernilai RM500 diberikan kepada finalis-finalis yang lain.

Asyrfnsir, finalis dan juara RapStar ERA 2020

Para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan mantap dan bertenaga daripada penyanyi-penyanyi baru tanah air seperti Luca Sickta dan Kmy Kmo, Dolla, Shalma Eliana dan Abu Bakar Xli. Selain itu, juga membuat kemunculan,penyanyi Fariz Jabba dan Yung Raja dari Singapura serta kumpulan Mukarakat dari Indonesia.

Yung Raja, artis jemputan mempersembahkan lagu Mustafa dan ‘Mad Blessings’
Fariz Jabba, artis jemputan sedang diperhatikan oleh juri pengadil
Mukarakat, artis jemputan menyampaikan lagu ‘Shout Out, Undogeze x Rompes & Kuda Hitam x NOS’
Asyrfnsir, juara RapStar ERA 2020 serta finalis lain yang juga menerima hadiah saguhati

Di sini wartawan gosip mengucapkan tahniah kepada pemenang Asyrfnsir yang dapat hadiah wang tunai dan kontrak. Finalis lain, terus berusaha untuk mencapai mimpi anda.

Luca Sickta dan Kmy Kmo muncul untuk lagu Gong Nekara
DJ untuk malam ini
Luca Sickta dan Kmy Kmo dalam sesi temu bual dengan RTM
Kmy Kmo (kiri), wartawan gosip dan Luca Sickta (kanan)

Akhirnya, acara ini telah berjaya dijalankan dengan lancar. Rakaman lagu Gong Nekara telah dilampirkan. Banyak lagi rakaman di saluran YouTube gosip.my dan jangan lupa Subscribe.

Persembahan lagu Gong Nekara oleh Luca Sickta dan Kmy Kmo

Pelancaran Boba Lova Cik B di KL

Pada 29hb Februari 2020, wartawan gosip.my telah mengunjungi pelancaran cawangan Boba Lova Cik B di Kompleks Pertama Kuala Lumpur. Masa yang ditetapkan untuk menjumpa Dato’ Seri Vida (DSV) dan Cik B sepatutnya pukul empat petang tetapi ditangguh sampai lebih kurang pukul enam.

Ada jualan produk-produk Empayar Pamoga Qu Puteh di kiri dan juga pentas di kanan. Boba Lova Cik B di tengah.

Selepas Dato‘ Seri Vida, Cik B dan staf melangkah di atas tapak ini, wartawan gosip.my serta-merta mengambil peluang bergambar dengan DSV dan berbual-bual dengan Cik B. Di sini kita mengucapkan terima kasih kepada beliau dan Cik B memberikan peluang emas ini.

Sesi Bergambar dengan Dato’ Seri Vida
Terima kasih Dato’ Seri Vida
Terima kasih kepada tumpuan hari pelancaran iaitu Cik B.

Setelah menikmati kehadiran mereka. Yang paling penting adalah makanan dan minuman yang dihidangkan. Wartawan turut mencuba ‘Crumbso’. Dalam ni ada keju Mozarella dan sosej yang disalut roti, serbuk keju serta cebisan ‘Salmon Skin’. Staf Boba Lova juga murah hati dan hiaskannya dengan banyak mayonis dan sos cili. Umphh… sedapnya, tak terkata!

Setiap satu RM13. Sedap Tak Terkata. Nak beli satu lagi…

Acara pelancaran ini bersurai lebih kurang selepas pukul 9 malam. Memang ramai yang tunggu DSV di sekeliling cawangan Boba Lova Cik B Kompleks Pertama itu untuk mengambil gambar bersama. Sesi pelancaran Boba Lova Cik B kedua pada hari seterusnya menanti peminat yang lagi ramai.

Tahniah kepada Dato’ Seri Vida, Cik B, Boba Lova, pekerja dan peminat untuk mejayakan acara ini.

Anugerah Juara Lagu Ke-34

Pada 9HB Februari, juru gambar gosip.my telah melawat Axiata Arena, iaitu tempat Anugerah Juara Lagu Ke-34 diadakan. Hujan lebat mula pada lebih kurang 8.30pm. Jalan raya sekeliling lokasi AJL34 juga sesak disebabkan banyak kenderaan letak di tepi akibat tempat parkir sudah penuh serta banjir. Tiket ke AJL34 laris, sudah habis dijual!

Tiket sudah habis dijual
Hujan lebat tetapi muzik dimainkan dan para pengunjung nampak masih semangat di sekeliling pintu masuk VVIP

Walaupun begitu, para pengunjung yang siap berpakaian baju anggun dan kemas masih semangat. Mereka gesa-gesa masuk ke dalam dewan persembahan demi selebriti kegemaran masing-masing. ‘Live Band’ masih dijalankan.

Ada ‘Live Band’ di sebelah pintu masuk VVIP

Penjual baju hujan menawarkan harga hanya RM5 untuk setiap helai.

Penjual: “Siapa nak baju hujan? RM5 setiap satu.”
Keadaan pintu masuk sebelah Axiata Arena

Pihak penganjur telah menyediakan kawasan terdekat untuk banyak trak makanan. Ada banyak pilihan makanan dan minuman seperti teh ala thai. Booth aplikasi isi minyak Setel dan Celcom Xpax juga berada di hadapan pintu masuk utama.

Booth Setel
Booth Celcom Xpax

Juru gambar gosip.my bertuah mengajak beberapa pengunjung mengambil gambar bersama-sama. Pihak pengurusan gosip.my mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka terhadap bidang muzik tempatan. Sokongan ini dapat memupuk muzik tempatan ke taraf antarabangsa.

Pengunjung daripada syarikat media
Pasangan manis!
Pengunjung dari Pulau Pinang

Akhirnya, tahniah kepada para pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-34! Sebenarnya, semua adalah pemenang … 🙂

Dan dengan berat hati di sini takziah kepada Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan @ Abam Bocey. Bidang lawak sudah kehilangan seorang bakat.

Glitch Komputer = Produk Percuma?!

Pesta perayaan bertambah manis apabila suatu ‘glitch’ komputer ditemui di laman sesawang syarikat produk kulit beg lelaki dan perempuan terkenal. Di antara jenama-jenama terkenal yang dijual termasuk Alain Delon, Pierre Cardin, Giossardi, Giamax, Louis Feraud, Ducati dan Jeep Spirit…

Keliru sebab ingat tak mungkin berlaku demikian. Tidak percaya… dan saya terus menerokai iklan tersebut…

👆 Memang benar promosi ini yang dipaparkan di FB pada 8hb Jan 2020! Cuma kemungkinan besar ada ‘glitch’ komputer, diskaun dalam sistem tidak sepatutnya begitu. Masih tidak percaya jadi saya cuba mengesahkan pembelian…

Berjaya! Inbois dijana dan tinggal proses pembayaran. Macam biasa, aku buka (aplikasi fon pintar) Shopback dahulu sebelum tekan Boost.

Imbas kod QR yang dijana oleh iPay88…

Dah Bayar! Lepas itu tiba masa untuk goncang! Detik kegemaran aku, dapatlah mata ganjaran…

😅 Tetapi adakah pihak pengurusan Miroza setuju dengan jualan ini?!

TIDAK. Pada 13HB hari Isnin, hari bekerja pertama minggu ini, Miroza telah membatalkan pesanan tersebut and balas bahawa mereka boleh pulangkan duit atau memberikan kod baucar bayaran balik untuk pembelian seterusnya. Saya pilih baucar.

Masalahnya adalah kod baucar bayaran balik yang diberikan hanya dapat dipakai apabila jumlah pembelian mencecah RM188 seperti dalam gambar berikut. 👇

👆 Walau bagaimanapun, apabila pembelian melebihi RM188 (seperti di atas), kod baucar bayaran balik itu berjaya dipakai.

😊 Tetapi saya tidak kisah, asalkan daftar sebagai ahli baru Miroza sudah dapat ganjaran hebat iaitu potongan sebanyak RM10 apabila membuat pembelian sekurang-kurangnya RM80!

Street Raya 2019

Pada 6hb Julai 2019, wartawan Gosip.my telah mengunjungi Street Raya 2019 anjuran Jabatatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ramai mengunjungi Street Raya 2019 di Dataran Merdeka, KL

Wartawan sampai di tapak tersebut pada lebih kurang 3.30pm tetapi kebanyakan makanan yang ditawarkan sudah kehabisan stok. Contoh seperti durian, ayam goreng KFC, piza Pizza Hut habis diedarkan. Makanan dan minuman (kuantiti terhad) adalah percuma. Satu rakaman temu bual dengan staf di gerai Pizza Hut boleh ditonton di sini.

Pembantu di gerai Pizza Hut di Street Raya 2019

Ada juga pengawal keselamatan menjaga tapak ini, para pelawat masuk dari depan dan keluar dari belakang dekat pentas, sehala sahaja walaupun orang masih ramai dan rapat. Pelawat termasuk satu kelompok pelancong asing yang kagum dengan Malaysia yang aman dan damai. Peniaga-peniaga kecil seperti penjual mainan juga tidak dikecualikan. Mereka tertarik kepada pelanggan berpotensi di sini.

Menurut peniaga ini, mainan ini RM8 setiap satu

Setakat wartawan berlepas, acara ini dianggap berjaya. Harap tahun depan bertambah baik, bukan sahaja jenis makanan, kuantiti dan keselamatan tetapi dari segi kebersihan serta promosi.